Rasa macam-macam. Rasa upset, rasa kenapa pula nak macamtu. Kalau dulu apa2 pun nak sekereta. Gigih nak fikir jalan apa cara tak berasingan. Kenapa sekarang macamni. Aku tahu aku perlu rasa semua benda semula. Aku perlu biasakan diri dengan segala yang pernah aku lalui semula.

Sekarang kau selalu ungkit, tentang penerimaan kau masa belum kenal aku pun lagi. Kau terima aku walaupun ada macam2 kau dengar dari orang lain yang cuba nak pisahkan kau dan aku. Membandingkan dengan segala apa yang kau buat sekarang yang hanyalah sekadar picisan jika nak dibandingkan dengan segala salah dan dosa aku sebelum ini.

Apakah hati aku masih belum menerima segala ketentuan ini. Apakah masih iri hati ini, masih ada rasa cemburu dan masih belum mahu melepaskan dan melapangkan dada untuk semua yang terjadi.

kita lupa..kadang hati bila terlalu bersandar pada sesuatu, kita akan kecewa. Kerana ia takkan selalu ada..

Advertisements

Betul.. makin terang..24/7 update. Whats app share everything. Having conversation.. sama macam yg sebelum ni. BS Datang jumpa memang untuk permission. I am dying slowly…

Just stop it

Stop telling me that u love her that much..

Stop telling me that u miss her that much..

Stop telling me that she’s apart of your heart and your life ..

It’s hurting me ..

It’s killing me softly…

Because you never know how much that i love u miss u in every single time and day..

Just stop it.

Belajarlah hati untuk teruskan hidup ini

“Kenapa nak simpan baju dia, towel dia lagi? Kata nak pulang? Bila u nak pulang”

“Bila masa i kata nak pulang, kalau dia mintak i bagi la masa jumpa”

“Kalau dia tak mintak?”

“Biar aje la sini”

“Kenapa nak simpan?”

“Biarlah, i nak tengok”

Tuhan je yang tahu macamana heartbroken nya aku dengar jawapan kau. Birlah? Sebab kau nak tengok..? Simpan barang, nak selalu tengok..? Apa maknanya? Ini Bukannya apa yang dia masih tinggalkan untuk kau. Tapi apa yang masih tinggal untuk aku dari kau sekarang..

Aku seperti tiada hak bersuara lagi. Semuanya kau persoal. Aku rasa hati ni makin sepi tiada terisi. Semakin hari hati semakin kosong. Bukan tiada penghuni, tapi seakan semakin jauh. Sakitnya hati melihat barang2 dia di bilik kau langsung kau tak peduli.

Mungkin benar kata sahabatku. Karma kan wujud di alam nyata ini. Mungkin juga benar, kali ini ia berbalik kepada aku. Mungkin benar aku harus belajar melepaskan.

8/8/2018. Hari ni aku akan mula belajar melepaskanmu.